FiNrA_3492

KUALA TERENGGANU 27 Feb. - Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said sedia menggunakan platform UMNO bagi memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jika ditawarkan berbuat demikian.

Menurutnya, beliau akan menggunakan pelbagai peluang dan platform termasuk politik dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu demi kelangsungan anak bangsa pada masa depan.

Ketika ini katanya, beliau menggunakan platform yang disediakan oleh Pas kerana parti pembangkang itu menawarkan peluang tersebut.

''Saya akui gerakan ini dianjurkan oleh Pas... Saya meminjam pentas ini untuk menyatakan pendirian saya.

''Kalau Parti Keadilan Keadilan (PKR) atau UMNO turut menyediakan ruang itu, saya juga akan menggunakannya kerana tidak mahu bahasa ibunda saya dikuncupkan, dinazakkan dan dikuburkan," katanya pada sidang akhbar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di sini hari ini.

Labels: | edit post
0 Responses

Post a Comment