FiNrA_3492
Keadaan cuaca di tempat aku sekarang cerah dan tidak menunjukkan ada tanda-tanda nak hujan. Tapi tak tahu la mungkin petang nanti hujan. Bak kata orang "di sangka panas hingga ke petang tapi hujan di tengahari". Di MALAYSIA sekarang ni tengah panas tentang isu politik. Tak kiralah di mana ada sahaja orang akan bercerita tentang isu politik dan pelbagai andaian yang dibuat terutama tentang isu sekarang yang mana melibatkan seorang ahli exco kerajaan negeri Selangor yang terlibat dengan gambar bogel. Gambar tersebut dikatakan tersebar ke internet dan ini boleh dikatakan telah mencabul kehidupan peribadi seseorang. Walaupun gambar tesebut dikatakan di ambil ketika sedang tidur di rumah sendiri namun kita harus ingat walau di mana kita berada tidak semestinya diri kita selamat. Itu cerita tentang politik yang pertama. Ada cerita tentang politik yang kedua. Seseorang yang dikatakan orang yang kuat dalam memperjuangkan ISLAM boleh mengeluarkan kenyataan yang mungkin akan mengelirukan rakyat umumnya. Apakah betul sangkaan itu? SPR dituduh bersubahat dengan UMNO dalam menentukan tarikh pilihanraya kecil di dua kawasan iaitu DUN Bukit Selambau dan Parlimen Bukit Gantang. Pilihanraya kecil tersebut akan diadakan berikutan ADUN Bukit Selambau meletak jawatan sebagai ahli exco dan Adun kerana dipercayai terlibat dengan masalah peribadi. Bagi Parlimen Bukit Gantang pula ia diadakan berikutan Ahli Parlimennya meninggal dunia. SPR menetapkan pada 29 MAC sebagai tarikh penamaan calon dan 7 April adalah tarikh pengundian dijalankan bagi kedua-dua pilihanraya kecil tersebut yang dijalankan secara serentak. Dan ini dikatakan agak menyebelahi pihak UMNO khususnya kerana ia diadakan selepas pemilihan UMNO tetapi cuba kita fikir perhimpunan UMNO berakhir pada 28 MAC iaitu sehari sebelum penamaan calon di kedua-dua tempat pilihanraya kecil tersebut diadakan. Agak sukar untuk ahli UMNO untuk berada dikedua-dua tempat dalam satu-satu masa. CUBA KITA BERSAMA-SAMA FIKIRKAN........saya ambil sedikit petikan daripada kenyataan Menteri Besar Kelantan tersebut Kata Menteri Besar Kelantan itu: ''Nampak sangat ini campur aduk politik, bagi negeri yang bertamadun seperti di Malaysia, dia (Abdul Aziz) layak untuk menjadi ketua, (tetapi) kalau di Eropah, orang seperti ini sudah lama dibuang". Jangan lah kita terus berprasangka buruk sesama manusia untuk itu kita harus buang semua sikap buruk sangka dan hasad dengki tersebut.
0 Responses

Post a Comment