FiNrA_3492
Tepat jam 10:30 malam setiap hari selasa hingga khamis aku pasti takkan terlepas daripada menonton drama tv Samarinda yang bersiaran di TV3. Aku pasti akan duduk didepan kaca television untuk melihat kesudahan cerita tersebut. Tak kira apa cerita dan sesiapa pelakonnya janji jalan ceritanya bagus. Sekarang aku nak cerita pasal drama dalam slot samarinda tu. Aku tengok cerita ni dari mula ditayangkan sampailah malam tadi tapi aku dah terlepas 2 episod cerita ni minggu lepas sebab atuk aku masuk hospital.

Rosyam Nor punya drama. Syarikat dia yang terbitkan.
Tajuk : ROZANNA
Pelakon : Rosyam Nor (Fareez), Rita Rudaini (Rozanna), Ady Putra (Asrul), Watie Elite(Marshilla), Dato' Rahim Razali (Datuk Jazman), Aida Radzwill (Datin Kamariah/Kay), Siti Fazurina (Irma) dan Eizlan Yusof (Ikram)
Terbitan : SUHAN MOVIE & TRADING
Aku cerita lah serba sedikit pasal cerita tu ek....

Fareez ni pemilik syarikat pendawaian elektrik (Alfo Services Sdn Bhd) dan mempunyai partner kawan baiknya itu Asrul. Rozanna pula bekerja di syarikat milik Datuk Jazman. Rozanna adalah isteri kedua Datuk Jazman tetapi Fareez dan juga Datin Kay tidak tahu mengenai perkara itu. Ini kerana Rozanna dan juga Datuk Jazman pandai merahsiakan perkara itu tetapi rahsia itu telah diketahui oleh rakan sekerja Rozanna yang juga pekerja Datuk Jazman iaitu Irma. Fareez menyukai Rozanna dan Ikram juga menyukai Rozanna namun Rozanna adalah isteri kepada Datuk Jazman.
Marshilla pula menyukai Fareez tetapi Asrul menyukai Marshilla. Fareez dan Ikram berusaha untuk mendapatkan cinta Rozanna dan menaruh harapan yang tinggi kepada Rozanna. Datin Kay pula ingin menjodohkan Fareez dengan Rozanna tetapi Rozanna hanya menganggap Fareez sebagai kawan tidak lebih dari itu. Ini kerana Rozanna tahu dirinya adalah isteri orang.
Irma telah dibunuh tetapi siapa yang membunuhnya tidak seorang pun yang tahu. Apakah sebab dia dibunuh pun masih tidak diketahui. Marshilla pula telah berubah daripada seorang tomboy tapi kini berubah menjadi seorang wanita yang pandai bergaya.
Rozanna telah dinaikkan pangkat dan ditempatkan di dalam sebuah bilik. Mungkin dia tidak tahu bahawa Datuk Jazman mengintip setiap pergerakkannya di dalam bilik tersebut. Untuk mengintip setiap tindakan Rozanna, Datuk Jazman memasang kamera di dalam bilik Rozanna.
Sebelum ini hanya Irma yang tahu perkara itu tetapi akhirnya Rozanna tahu yang setiap pergerakkannya diawasi oleh Datuk Jazman. Dalam keadaan marah dia keluar dari bilik Datuk Jazman dan bersambung........

Ikutilah cerita selanjutnya malam ni. Jam 10:30 malam di TV3

Apakah akan terjadi kepada Rozanna seterusnya?
Apakah Datuk Jazman yang menjadi perancang utama pembunuhan Irma?

Adakah Fareez atau Ikram yang akan dapat memiliki cinta Rozanna?

Adakah Datin Kay akan tahu juga bahawa dia telah dimadukan?
Ikutilah kesudahan cerita ini untuk mengetahuinya.......


ROZANNA (SEARCH)

Gadis idamanku
hanya engkau yang satu
hadirlah dalam mimpi-mimpiku
Biar seribu biar ramai menganggu
Pada ku engkau la Ratu

Sejak mula bertemu
Kau buat malam ku sedingin salju
Dan malam jadi hangat
Sehangat cinta mu....
Kasihku.....

Rozanna..
Kau gadis idamanku
Dua hati jadi satu
Bila kita bertemu oh Rozanna

Rozanna....
Gadis idamanku
Bila kan sampainya waktu
Kasih kita bertemu dalam cinta
Rozanna.....

0 Responses

Post a Comment