Sebuah kereta memasuki perkarangan rumah banglo yang tersergam indah itu. Kelihatan seorang lelaki dalam linkungan umur 40-an turun dan terus memasuki rumah banglo tersebut. Di banglo itulah segala cerita bermula. Ada kisah suka dan duka penghuni di dalam banglo tersebut. Bermulanya peristiwa kematian seorang isteri yang amat disayangi sehinggalah berita yang amat-amat menyedihkannya tentang anak kesayangannya, Alya.
"Tuan, sudah balik". Tanya Mak Jah, orang gajinya yang dah lama bekerja dengannya.
"Iya, Mak Jah". Balas Tuan Akmal yang kelihatan agak keletihan. Terasa rumah itu agak sunyi dia terus bertanya pada Mak Jah,
"Mak Jah, Alya mana?". Tanya Tuan Akmal.
Dengan pantas Mak Jah menjawab, "Alya ada di atas. Dari tadi pulang dari sekolah dia masih berkurung di dalam bilik dan tak turun".
Tuan Akmal yang agak terkejut terus ke atas untuk menemui anak kesayangannya.
Di dalam bilik Alya sedang tidur. Dan disisinya ada sebuah potret yang mana kalau di tatap lebih lama ia potret arwah ibunya yang amat dirinduinya.
Melihat anaknya sedang tidur, dia ingin menutup kembali pintu namun anaknya tersedar lalu memanggilnya.
"Papa!". Panggil Alya dengan nada suara yang agak lemah.
Mendengar saja suara anaknya itu dia terus berpaling namun agak hairan apabila mendengar suara anaknya yang agak berlainan dari biasa.
"Ya, sayang". Jawab Tuan Akmal dengan lembut dan terus menuju kearah anaknya.
"Papa baru balik?". Tanya Alya dengan suara yang lembut.
"Ya, sayang. Papa baru balik". Terang Tuan Akmal pada Alya.
"Alya dah makan?". Tanya Tuan Akmal pada Alya.
Alya tersenyum pada papanya.
"Belum lagi, pa. Pulang dari sekolah tadi Alya terus masuk bilik dan selesai solat Alya tertidur, pa". Terang Alya pada papanya yang kelihatan agak risau pada mulanya.
"Ok. Papa nak mandi dulu dan lepas tu kita makan sama-sama ok". Kata Tuan Akmal pada Alya.
Keesokan harinya....
Pada pagi itu, Alya langsung tidak dapat bangun. Tuan Akmal yang sudah lama menanti tiba-tiba rasa tidak sedap hati lalu dia bergegas ke bilik anaknya itu. Di luar bilik, kedengaran bunyi batuk dari dalam bilik anaknya itu. Dengan tidak semena-mena dia terus menolak pintu bilik anaknya dan terus menerpa kearah anaknya apabila melihat anaknya masih lagi terbaring di atas katil. Sesekali terdengar anaknya batuk.
"Alya!". Panggil Tuan Akmal lembut.
Alya yang dari tadi terpejam membuka matanya perlahan-lahan dan tersenyum pada papanya.
"Kenapa ni, sayang?". Tanya Tuan Akmal pada Alya yang masih terbaring.
"Entah la, pa. Alya rasa pening sangat". Jawab Alya ringkas dengan suara yang lemah dan diselang-seli dengan batuk kecil.
Mendengar sahaja jawapan dari anaknya itu Tuan Akmal terus menyentuh dahi Alya dengan lembut. Terasa agak panas dahi anaknya itu. Apakah anaknya itu demam tapi Alya baru saja sembuh dari demamnya sebulan yang lalu.
Tanpa melengahkan masa dia terus membawa Alya ke klinik untuk pemeriksaan.
Di Klinik...
Setelah selesai pemeriksaan Tuan Akmal terus bertanya pada doktor tersebut.
"Dr. Kenapa dengan anak saya?". Tanya Tuan Akmal.
"Tiada apa-apa cuma demam biasa". Jawab doktor tersebut.
Tanpa berlengah lagi Tuan Akmal terus memberitahu doktor bahawa anaknya baru sembuh dari demam sebulan yang lalu. Tapi kini dia demam kembali.
Doktor itu memberitahu bahawa Tuan Akmal perlu membawa Alya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Mendengar saja kata doktor tersebut Tuan Akmal agak kehairanan dan tertanya-tanya. Kenapa dia perlu membawa anaknya ke hospital sedangkan doktor tersebut baru sahaja memberitahu bahawa anaknya cuma demam biasa. Walau pelbagai persoalan yang timbul dibenaknya dia harus membawa anaknya ke hospital untuk mengetahui situasi sebenarnya anaknya itu.
Di Hospital..
Tuan Akmal terus membawa Alya berjumpa dengan Dr. Halim, teman baiknya.
Setelah selesai menjalankan pemeriksaan terhadap Alya, Dr Halim agak terkejut dengan pemeriksaan tersebut.
Tuan Akmal yang tidak sabar-sabar untuk mendengar penjelasaan dari teman baiknya itu tentang anaknya.
"Kenapa dengan Alya, Halim?". Tanya Tuan Akmal pada teman baiknya itu.
Alya keluar dari bilik pemeriksaan dengan wajah yang pucat namun hanya beberapa langkah menuju kearah papanya tiba-tiba dia rebah betul-betul dihadapan papanya.
Tuan Akmal yang terkejut melihat anaknya tiba-tiba rebah terus menerpa kearah anaknya.
"Alya!!!!!!!Bangun". Panggil Tuan Akmal namun Alya masih tidak sedarkan dirinya.
"Mal, Aku rasa Alya perlu dimasukkan ke wad untuk beberapa hari dan aku perlu menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap Alya". Terang Dr. Halim pada temannya itu yang masih memangku anaknya dan tidak semene-mene airmata Tuan Akmal mengalir.
"Aku ikut saja,Lim. Asalkan Alya sembuh dan mampu tersenyum kembali". Tuan Akmal berkata dengan suara yang terketa-ketar. Sedih melihat keadaan anaknya. Tuan Akmal terlalu menyayangi Alya ini kerana Alya adalah satu-satunya anak yang lahir dari zuriat dan cinta antara dia dan arwah isterinya,Zulaikha.
Di dalam bilik Dr. Halim, kedengaran suara Tuan Akmal yang seperti tidak sabar untuk mendengar penjelasan teman baiknya mengenai anak kesayangannya.
"Mal, aku dah menjalankan pemeriksaan pada Alya tapi aku harap kau sabar dan tenang". Dr. Halim memulakan bicara.
"Lim, kenapa dengan Alya?". Tanya Tuan Akmal pada Dr. Halim.
"Aku harap kau tidak terkejut dengan apa yang aku hendak sampaikan ni".Dr. Halim berkata.
"Lim, kau bagitahu aku kenapa dengan Alya?'. Tanya Tuan Akmal dengan suara yang agak tinggi.
"Dari pemeriksaan aku terhadap Alya. Aku dapati Alya terlalu lemah dan...". Terang Dr. Halim pada temannya itu.
DAN............Kenapa dengan Alya? Adakah dia sakit? Apakah penyakit yang dihidapinya itupun kalau dia sakit...
Kita ikut cerita selanjutnya nanti....
Post a Comment