FiNrA_3492

Sirah Junjungan


Kategori : Teater
Tarikh : 09 - 22 Mac 09
Masa : 8.30 Malam, 3.00 Petang

Teater arahan Erma Fatima akan dipersembahkan bersempena dengan sambutan Maulidur Rasul S.A.W. Cerita mengisahkan babak-babak penting dalam sejarah Rasulullah S.A.W yang pastinya menyentuh jiwa dan keimanan orang-orang mukmin.

Penyanyi Undangan
Dato' Siti Nurhaliza (18-20 Mac 2009)
Jamal Abdillah
Amy Search
Mawi

Tempat
Panggung Sari, Istana Budaya

Tiket
RM30, RM50, RM80, RM100, RM150 & RM200

Tempahan/Maklumat lanjut, hubungi:
BOX OFFICE
ISTANA BUDAYA
JALAN TUN RAZAK, KUALA LUMPUR
Tel : 03-4026 5558
Faks: 03-4026 5552
Waktu Operasi: 9.00 Pagi - 6.00 Petang (Hari Bekerja) 9.00 Pagi - 1.00 T/Hari (Sabtu)
Pembelian Tiket Secara Online
www.ticket2u.biz Tel: 03-4149 8600

FiNrA_3492



Konser
t Jom Heboh
Masa : 9.00 malam Tarikh : 01 March 2009 TV : TV3 Langsung dari Ayer Keroh Melaka Artis : Dina, Saleem, Sofaz, Nubhan, One Nation Emcess, Siti Sarah dan ramai lagi..
Sama- sama lah kita menonton TV3 malam ni...
Untuk yang berada di Melaka ramai-ramailah pergi ke Karnival Jom Heboh dan temuilah personaliti-personaliti TV3 dan juga artis-artis yang berada di booth-booth di Karnival Jom Heboh.



FiNrA_3492

Telemovie : Tuntutan Maut
Masa : 10.00 malam
Tarikh : 28 Februari 2009
Pelakon : Fizz Fairuz (Insp. Razlan), Yatt Ham
zah (Insp. Rina), Adam Corrie Lee (Ronnie), Mimi Rahzia (Sofea)
Arahan : Fairuz Loy
Terbitan : GB SDN BHD

Sinopsis :
Mengisahkan tentang seorang ayah yang membesarkan seorang anak hasil perkahwinan dengan isteri yang telah meninggal dunia selepas bersalin. Razlan seorang anggota polis yang bertanggungjawab dan tegas.
Dalam satu serbuan keatas satu kumpulan penge
dar dadah yang dikehendaki oleh pihak polis. Dalam serbuan itu, berlaku adegan tembak-menembak antara pihak polis dengan kumpulan tersebut. Dalam kejadian itu, Inps. Razlan telah menembak mati adik kepada ketua kumpulan tersebut iaitu Ronnie. Disebabkan kematian adiknya itu Ronnie bertekad untuk membalas dendam kepada Razlan. Untuk membalas dendam tersebut Ronnie telah merancang penculikan anak Razlan, Nadia. Kerana terlalu sayangkan anaknya itu Razlan sanggup melakukan apa sahaja asalkan anaknya selamat.
Setiap kali menjalankan tugas Razlan sentiasa meminta pertolongan daripada Insp. Rina untuk mengambil anaknya dari sekolah. Dan disebabkan itu anaknya menjadi rapat dengan Rina. Anaknya yang terlalu rindukan arwah ibunya dan sayangkan Rina telah menyuarakan hasrat hatinya untuk memanggil Rina dengan panggilan IBU.
Sewaktu bercuti di Port Dickson bersama d
engan anaknya, dia telah diekori oleh Ronnie. Ketika sedang leka berbual dengan Rina mengenai Ronnie, tiba-tiba anaknya telah hilang dan mendapat panggilan daripada Ronnie. Ronnie telah menculik anaknya.
Akhirnya, Ronnie dan 2 orang lagi telah ditangkap namun Nadia telah diberi suntikan dadah. Razlan akhirnya berkahwin dengan Rina kerana Nadia terlau sayangkan Rina.
Itulah secara ringkasnya telemovie yang telah di
tayangkan di saluran TV3 malam tadi.

FIZZ FAIRUZ....
Selain telemovie "TUNTUTAN MAUT" Fizz Fairuz juga menjayakan drama berjudul "ANAK BETONG" dan "A.D.A.M".

ANAK BETONG
Drama "ANAK BETONG" ditayangkan di TV3 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 4.30 petang dan ulang di TV9 setiap hari Isnin hingga Khamis pada pukul 8.30 malam.
Dalam drama tersebut, Fizz Fairuz membawakan watak sebagai JAGAT. Jagat seorang yang mengamalkan ilmu sihir dan ingin menghapu
skan adiknya iaitu Zaman lakonan Ezany Nizarif. Pelbagai cara dilakukannya untuk mendapatkan kuasa dan juga harta yang ditinggalkan ayahnya Hasan lakonan Hairie Othman kepada Zaman.
Drama ini turut dibintangi oleh Sheila Rusly (
Malika), Maya Matahari (Naiya), Linda Hashim (Farlin), Leez AF4 (Fatihah) dan ramai lagi.
Sama-sama lah kita ikuti kesudahan drama ini dan apakah akan terjadi kepada Jagat, Zaman dan juga Malika?

Fizz Fairuz (Jagat), Sheila Rusly (Malika) dan Ezany Nizarif (Zaman)

Sheila Rusly (Malika) dan Maya Matahari (Naiya)

A.D.A.M
Drama A.D.A.M pula Fizz Fairuz membawakan watak sebagai Akmal. Dia bekerja di pusat futsal milik En. Darwis lakonan Shukrey Hashim. Drama komedi ini turut dijayakan oleh Zed Zaidi (Azli), Norman Hakim (Madi), Linda Hashim (Rina), Tam (Fadil).
Drama A.D.A.M musim yang ke-4. Ia ditayangkan pada setiap hari Sabtu pada jam 8.30 malam di RTM2.
Ikutilah drama-drama hebat lakonan Fizz Fairuz dan juga pelakon hebat lain dalam drama-drama tersebut.

Biodata Fizz Fairuz
Nama : Mohd Fairuz Bin Zainal Abidin
Asal : Raub, Pahang
Umur : 29 tahun
Agama : Islam
Bangsa : Melayu
Bahasa : Melayu
Karier : Pelakon
Drama : Anak Betong_Slot Lagenda (TV3), A.D.A.M (RTM 2), Kekasihku Seru_Seram (TV3)
Filem : Orang Minyak, Castello, Serrem
Anugerah : Pelakon Harapan Lelaki_Festival Filem Malaysia Ke-20 (Pencalonan)
FiNrA_3492

To a NICE person!

[]

Hello There Nice Person,
Did Anyone Ever Tell You,
Just How Special You Are
The Light that You Emit
Might even Light a Star


[]
Did Anyone Ever Tell You
How Important You Make Others Feel
Somebody out here is Smiling
About Love that is so Real

[]
Did Anyone Ever Tell You that
Many Times When They were Sad
Your E-mail made Them Smile a bit
In Fact It made Them Glad

[]

For the Time You Spend Sending Things
And Sharing whatever You Find
There are No Words to Thank You
But Somebody, Thinks You're Fine

Did Anyone Ever Tell You

Just How Much They Like You
Well, My Dearest Friend
Today I am Telling You

I HOPE I GET THIS BACK
I believe that without a
Friend you are missing out on a lot!!!

[]

BUT, you have to send it right now!!
But, don't just send it back, send it on to everyone..
Have a nice day, and I'm glad we are friends!!!

THIS IS A HAND OF FRIENDSHIP

The Wave ----- keep it going

[]
Just wanted to say Hi!

FiNrA_3492
Monday, January 12, 2009

Kes 1

Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dari Kampung Titi Serong, Jalan Kuala Perlis, merupakan pemuda pertama yang didapati bersalah kerana gagal menghadiri PLKN, pada 11 May 2005. Beliau didakwa dengan sengaja mengingkari notis bertarikh 9 Julai 2004 yang memintanya melaporkan diri di Kem Dusun Resort, Kuala Nerang, Kedah.


Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang merupakan seorang daripada empat beradik kepada seorang ibu tunggal, telah berhenti persekolahan selepas tamat pelajaran tingkatan dua SMK Syed Alwi di Kayang. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi yang bekerja mengambil upah membuat bendang secara harian untuk menanggung ibu dan dua adiknya, memilih untuk menjalani hukuman penjara. Abangnya pula (21 tahun) dilaporkan berada di Melaka bagi mencari pekerjaan, dan dua orang adiknya berusia 16 dan 15 tahun. Ahmad Hafizal Ahmad Fauzi dilaporkan oleh akhbar The Star sebagai meminjam RM7 daripada ibunya untuk menghadiri kesnya di mahkamah.

Majistret Wan Norzanuar Wan Ahmad menjatuhkan hukuman penjara 14 hari atau RM600 ke atas Ahmad Harizal selepas dia gagal membayar denda berjumlah RM600. Ahmad Harizal yang kesempitan wang telah memilih untuk hukuman penjara 14 hari.

Kes 2


Pelakon Diana Danielle Danny Beeson (gambar), 17, tidak akan mendaftar menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) hari ini.


Pelakon berkenaan membuat rayuan supaya diberi kelonggaran untuk menangguhkan penyertaannya dalam program itu yang sepatutnya bermula hari ini selama tiga bulan.

Penangguhan itu dibuat kononnya kerana Diana terikat dengan kontrak penggambaran sebuah filem berjudul Kecoh Betul. Menurut pengarah filem itu, Baldev Singh, syarikat produksi White Merpati Entertainment yang menerbitkan filem berkenaan telah berurusan dengan Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN) dalam mendapatkan kelonggaran bagi pihak Diana.

Permohonan itu dibuat minggu lepas setelah Diana terikat dengan perjanjian penggambaran filem arahannya dari 22 Disember sehingga 22 Januari depan.

Alasan penangguhan Diana itu tiada langsung dalam peraturan PLKN.

FiNrA_3492

SEWAKTU Nabi Ibrahim a.s. dengan bantuan puteranya, Ismail a.s. mendirikan Kaabah atas perintah Allah SWT, ia adalah sebuah bangunan yang didirikan di tengah-tengah kawasan terbuka. Kedudukannya ini mendefinisikan arah kiblat umat Islam.

Pada masa itu solat dan tawaf dilakukan di kawasan yang terbuka. Malah binaan bangunan ini tidak berubah-ubah sehinggalah ke zaman Nabi Muhammad SAW.

Had ruang terbuka ini ditentukan oleh kawasan kediaman dan bangunan-bangunan komersial yang semakin berkembang dari semasa ke semasa di sekelilingnya.

Malah pelaksanaan ibadat sa'ie telah dilakukan sepanjang lorong sempit yang selari dengan kedai-kedai dan rumah-rumah yang terletak di bahagian antara bukit Safa dan Marwah.

Kini ruang terbuka tersebut telah diubah menjadi laman dalam (courtyard) sebuah masjid agung iaitu Masjidil Haram, Mekah.

Keadaan Masjidil Haram pada masa Nabi SAW dan Saidina Abu Bakar tidaklah seluas seperti sekarang.

Pada zaman Saidina Umar dan Uthman, masjid ini diperluaskan dan dibina dinding di sekelilingnya. Kerja-kerja pembaikan terus dilakukan sehingga pemerintahan Umaiyah.

Usaha untuk memperindahkan bangunan ini secara besar-besaran dilakukan pada zaman Kerajaan Abasiyah. Ketika Sultan Salim II (1566-1574 M) daripada kerajaan Uthmaniah memerintah, baginda beberapa kali memperbaiki dan menambah bangunan berupa atap kecil.

Kaum Quraisy yang merupakan ketua puak Arab direkodkan adalah pihak yang bertanggungjawab melaksanakan pembesaran pertama sekeliling Kaabah iaitu pada 604. Diikuti sekurang-kurangnya 10 fasa pembesaran Masjidil Haram.

Yang pertama padan zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab. Khalifah kedua selepas Saidina Abu Bakar ini telah menetapkan sempadan dan yang terakhir dilakukan semasa pemerintahan Al-Malik Fahd, kerajaan monarki Arab Saudi yang kelima.

Walau bagaimanapun, sehingga pembesaran pertama pada 1955 di bawah Raja Abdulaziz Al-Saud, masjid itu hanyalah sekadar ruang terbuka yang dikelilingi oleh bangunan-bangunan beratap yang bersebelahan, sekali gus menandakan sempadan.

Khalifah ketiga, Othman bin Affan merancang semula terutamanya untuk ruang tawaf dengan merobohkan khemah-khemah yang kurang penting.

Pada 1988, sekali lagi Masjidil Haram melalui pembesaran secara besar-besaran pada masa pemerintahan Al-Malik Fahd. Selepas perluasan itu, keluasan Masjidil Haram menjadi 117,480 meter persegi iaitu 16,745 peratus lebih besar saiznya pada zaman Baginda Rasulullah SAW.

Penambahan kawasan lantai yang lebih teguh serta pertama kalinya diperkenalkan pengunaan penghawa dingin merupakan pembesaran kali kedua Masjidil Haram.

Pembesaran kali kedua ini juga melibatkan kawasan berbumbung yang terbuka untuk tujuan solat dan tawaf serta pelebaran perkarangan di pintu gerbang Bab Al-Malik dan Bab al-Salam.

Hamparan jernih batu marmar yang berkilat di laluan perkarangan pintu masuk turut memberi keselesaan kepada tetamu Allah terutamanya sewaktu mendirikan solat di sebelah malam.

Namun yang paling penting ialah penambahan penyediaan kemudahan tandas dan tempat berwuduk yang dibina di bahagian bawah tanah, telah berjaya menjadikan urusan jemaah haji lebih selesa dan dapat memberi tumpuan kepada penyerahan diri kepada Allah SWT.

FiNrA_3492

KUALA TERENGGANU 27 Feb. - Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said sedia menggunakan platform UMNO bagi memperjuangkan bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) jika ditawarkan berbuat demikian.

Menurutnya, beliau akan menggunakan pelbagai peluang dan platform termasuk politik dalam usaha memartabatkan bahasa Melayu demi kelangsungan anak bangsa pada masa depan.

Ketika ini katanya, beliau menggunakan platform yang disediakan oleh Pas kerana parti pembangkang itu menawarkan peluang tersebut.

''Saya akui gerakan ini dianjurkan oleh Pas... Saya meminjam pentas ini untuk menyatakan pendirian saya.

''Kalau Parti Keadilan Keadilan (PKR) atau UMNO turut menyediakan ruang itu, saya juga akan menggunakannya kerana tidak mahu bahasa ibunda saya dikuncupkan, dinazakkan dan dikuburkan," katanya pada sidang akhbar Gerakan Mansuhkan PPSMI (GMP) di sini hari ini.

Labels: 0 comments | | edit post
FiNrA_3492
FiNrA_3492
BERBANDING lima tahun lalu, nama Almy Nadia kini kian menjadi sebutan sebaris rakan seperjuangannya, pelakon Fouziah Gous.

Seperti Fouziah, kini, dia mampu menarik nafas lega apabila langkahnya dalam lakonan telah mula mendapat perhatian penggiat filem dan drama tempatan.

Perjalanan seni gadis berusia 23 tahun ini bermula sekitar tahun 2005. Menerusi pertandingan Dewi Remaja 2005/2006, kerjaya seninya ketika itu tidaklah seperti sekarang dilambakkan dengan pelbagai tawaran filem dan juga drama.

Sepanjang tempoh tersebut, Almy telah pun melakonkan sebanyak lima buah filem antaranya ialah Nana Tanjung, Dunia Baru The Movie serta yang bakal menyusul, Rasukan Ablasa, Jangan Tegur dan Skrip 7707.

Malah, drama lakonannya yang kini sedang ditayangkan di kaca televisyen ialah Mertua vs Menantu.

Almy bakal muncul sebagai watak utama dalam filem seram, Rasukan Ablasa arahan Prof. Madya A. Razak Mohaideen yang mengambil giliran ditayangkan di pawagam bermula 26 Februari ini.

Dalam filem tersebut, Almy memegang peranan sebagai Kim, seorang gadis periang bagaimanapun, bertukar watak kepada seorang penggoda setelah dirasuk oleh roh jahat Melati yang mati dibunuh oleh suaminya sendiri.

Sikap Kim yang berperangai pelik dan menggoda setiap lelaki yang ditemuinya menyebabkan dia ditahan dan dirawat di pusat rawatan mental.

Ditemui pada majlis pra-tonton filem tersebut di Cathay Cineleisure, Damansara, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini, akui Almy, pelbagai cabaran perlu ditempuhi dalam menghayati watak Kim yang mempunyai tiga karakter.

Biarpun telah menjayakan banyak filem sebelum ini namun, Rasukan Ablasa merupakan filem pertama yang menguji bakat lakonannya di dunia perfileman negara.

Menurut Almy, filem tersebut tertangguh selama dua tahun sembilan bulan kerana proses teknik janaan komputer (CGI), memakan masa yang lama untuk disiapkan.

Bercerita tentang watak Kim, akui Almy, dia sebenarnya malu menonton aksi lakonannya sebagai penggoda dan adegan panas dalam filem tersebut.

Malah, katanya, menukar karakter dari seorang normal kepada penggoda dan pesakit mental tidaklah semudah yang disangka.

"Sebenarnya saya rasa malu sangat lakonkan watak penggoda dalam filem ini. Masa buat dulu saya tidak nampak bagaimana hasilnya tetapi setelah menonton tayangan filem memang terasa malu sangat.

"Pada awalnya memang saya rasa risau juga nak bawakan watak tersebut sebab saya bukan orang yang jenis sebegitu dan tiada pengalaman melakonkan watak penggoda tambahan pula, nak tukar karakter daripada seorang gila kepada penggoda bukan mudah.

"Bagaimanapun, saya bernasib baik sebab Prof. Razak dan Latiff Mohaideen banyak beri tunjuk ajar dan meyakinkan saya dengan watak yang saya lakonkan.

"Alhamdulillah, saya akhirnya berjaya menjiwai watak penggoda di mana semasa berlakon dulu saya membayangkan yang diri saya ketika itu bukan Almy Nadia tetapi adalah Kim," katanya.

Selain Almy, pelakon lain yang menjayakan filem tersebut ialah Gambit yang memegang watak Ashraf, Fouziah Gous (Elly), Hafiz (Jimmy), Nurnadia (GG), serta penampilan istimewa Datuk Jalaludin Hassan, Aznah Hamid dan Yusry Abd. Halim.

Sekilas mengenai filem tersebut, tragedi bermula 50 tahun lalu, di mana seorang suami 'membeli' ketaatan isterinya dengan memuja iblis. Namun, pemujaan itu sebaliknya membuatkan isterinya bertambah curang, malah berasmara di depan matanya sendiri.

Dikuasai amarah, lelaki tersebut memancung kepala isteri dan pasangannya.

Sebagai balasan, rumahnya dibakar penduduk kampung sehingga musnah bersama kesesatan amalan sehinggalah suatu hari, kawasan tragedi itu dikunjungi seorang anak muda dan rakan-rakannya.

Mereka bukan saja membawa pulang peti milik pemuja iblis terbabit, malah menghidupkan kembali sang iblis yang menyebabkan hidup mereka tidak lagi tenteram.

Tidak takut dilabel 'penggoda'

Sebagai pendatang baru yang pertama kali melakonkan watak penggoda dan adegan panas, Almy berhak berasa bimbang.

Namun, kebimbangannya itu bukanlah besar jika dibandingkan dengan pelbagai kritikan sama ada baik mahupun buruk yang bakal menyusul dalam kerjayanya selepas ini.

Bagi gadis yang gemar tersenyum ini, watak tersebut sedikit sebanyak membantu mewarnai lagi profil seninya memandangkan dia masih hijau dalam bidang seni lakon.

Tidak takut dilabel sebagai 'penggoda', kata Almy: "Ini merupakan lakonan pertama saya sebagai penggoda. Untuk maju, mahu atau tidak saya perlu terima apa sahaja kritikan yang dilemparkan.

"Sekarang pun, orang sudah mula labelkan saya dengan watak jahat sebab kebanyakan lakonan saya adalah watak jahat. Bagaimanapun, saya tidak kisah sebab ia hanya dalam lakonan sahaja.

"Selepas ini, jika ada mana-mana pihak yang menawarkan watak penggoda kepada saya mungkin saya akan terima tetapi perlu lihat pada skripnya terlebih dahulu. Jika wataknya boleh membuatkan reputasi buruk saya memang tidak akan ambil," jelas kekasih hati pelakon Fizz Fairuz itu lagi.

Dirasuk di set Rasukan Ablasa.

Tidak lengkap rasanya apabila produksi penggambaran filem seram tidak menyimpan kisah pelik atau pun yang menyeramkan.

Dalam diam, Almy menyimpan kisah dirinya sendiri yang dirasuk ketika beraksi di set filem tersebut.

"Masa itu saya memang tidak sedar apa yang berlaku sebab saya di set filem ini ketika itu, tiba-tiba sahaja saya sudah berada di pejabat.

"Saya memang macam itu, setiap kali berlakon cerita seram pasti saya akan diganggu.

"Walaupun sudah ada pengalaman ngeri tetapi saya rasa seronok berlakon cerita seram dan pengalaman dirasuk itu agak menarik bagi saya.

"Selepas ini, saya akan tetap terima tawaran berlakon filem seram sebab saya mahu diri melawan benda-benda alam halus," kata Almy lagi.

FiNrA_3492

Isu PPSMI (Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris) telah lama kedengaran. Ramai yang menyalahkan Kementerian Pelajaran Malaysia berhubung perkara tersebut. Ramai yang menyarankan agar PPSMI dimansuhkan. Adakah kementerian akan memansuhkan PPSMI?

Ada yang mengatakan keputusan peperiksaan tahun lepas meningkat untuk pelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris. Tetapi adakah ia meningkat di seluruh sekolah atau hanya sekolah-sekolah di bandar tapi tidak di luar bandar. Pelajar di sekolah luar bandar kadang-kadang tidak memahami apa yang diajar oleh guru bagi mata pelajaran tersebut. Begitu juga dengan guru. Apakah ia adil untuk para pelajar di luar bandar?

Sedikit kenyataan Dato' Hishammuddin mengenai PPSMI

Tidak terburu-buru tentu status PPSMI- Hishammuddin

PUTRAJAYA 8 Jan. - Kementerian Pelajaran tidak akan terburu-buru membuat keputusan berhubung status Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI) dalam sistem pendidikan negara.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, pendirian itu dibuat kerana sebagai kerajaan yang bertanggungjawab, matlamat pihaknya adalah untuk melaksanakan apa yang terbaik bagi masa depan generasi muda dan negara.

''Kami tidak akan tunduk kepada mana-mana desakan atau tuntutan berhubung status PPSMI itu kerana kami tidak mewakili kepentingan sesuatu kelompok atau perjuangan tertentu sahaja.

''Lagipun, apa yang nak gopoh sangat kerana apa jua keputusan kita, ia hanya dapat dilaksanakan pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyampaikan Perutusan Tahun Baru 2009 Kementerian Pelajaran di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr. Wee Ka Siong.

Sebelum ini Gabungan Persatuan Penulis Nasional (Gapena) mempertimbangkan kemungkinan mengambil tindakan undang-undang terhadap Kementerian Pelajaran sekiranya PPSMI diteruskan.

Gapena mendakwa pelaksanaan PPSMI itu secara jelas mencabul Fasal 152, Perlembagaan Persekutuan yang termaktub berhubung status bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Hishammuddin memberitahu, penelitian ke atas 22 kertas kerja kajian PPSMI yang dibuat melalui lima siri persidangan meja bulat sepanjang tahun lalu itu kini berada di peringkat akhir.

''Dalam masa terdekat ini, kertas itu akan dibentangkan kepada Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan muktamad mengenainya," katanya.

Sementara itu, beliau berkata, pihaknya bersetuju agar Akta Dewan Bahasa dan Pustaka dipinda bagi memberi kuasa penguatkuasaan kepada Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) dalam memperkasakan bahasa kebangsaan.

''Dengan pindaan itu, DBP dapat berperanan menggalakkan dan menguatkuasakan penggunaan bahasa kebangsaan dengan lebih berkesan.

''Cadangan pindaan itu akan dibentangkan di Parlimen pada tahun ini dan saya percaya dengan pindaan itu, usaha-usaha memperkasakan bahasa kebangsaan dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan," katanya.
Dilaporkan oleh :Kementerian Pelajaran Malaysia

Ini Pula Penafian Sasterawan Negara Dikatakan Telah Diperalat Oleh Pembangkang

KOTA BAHARU 25 Feb. — Sasterawan Negara Datuk A. Samad Said menafikan dirinya telah diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang digunakan sekarang.

Beliau berkata kehadirannya dalam beberapa siri ceramah pembangkang itu tidak seharusnya disalah anggap oleh masyarakat kerana apa yang penting adalah memperjelas kepada umum dalam isu tersebut.

“Bagi saya adalah halal untuk saya bercakap mengenai Bahasa Melayu yang saya perjuangkan tidak kira di pentas politik mana sekali pun.

“Umur saya sudah 76 tahun dan sudah sampai masanya saya memperjuangkan bahasa ibunda saya sebelum hilangnya Bahasa Melayu di muka bumi,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Sembang Pagi Bersama Sasterawan Negara di Institut Pendidikan Guru Malaysia Kampus Kota Baharu di sini, hari ini. - Bernama

Labels: 0 comments | | edit post
FiNrA_3492
Tepat jam 10:30 malam setiap hari selasa hingga khamis aku pasti takkan terlepas daripada menonton drama tv Samarinda yang bersiaran di TV3. Aku pasti akan duduk didepan kaca television untuk melihat kesudahan cerita tersebut. Tak kira apa cerita dan sesiapa pelakonnya janji jalan ceritanya bagus. Sekarang aku nak cerita pasal drama dalam slot samarinda tu. Aku tengok cerita ni dari mula ditayangkan sampailah malam tadi tapi aku dah terlepas 2 episod cerita ni minggu lepas sebab atuk aku masuk hospital.

Rosyam Nor punya drama. Syarikat dia yang terbitkan.
Tajuk : ROZANNA
Pelakon : Rosyam Nor (Fareez), Rita Rudaini (Rozanna), Ady Putra (Asrul), Watie Elite(Marshilla), Dato' Rahim Razali (Datuk Jazman), Aida Radzwill (Datin Kamariah/Kay), Siti Fazurina (Irma) dan Eizlan Yusof (Ikram)
Terbitan : SUHAN MOVIE & TRADING
Aku cerita lah serba sedikit pasal cerita tu ek....

Fareez ni pemilik syarikat pendawaian elektrik (Alfo Services Sdn Bhd) dan mempunyai partner kawan baiknya itu Asrul. Rozanna pula bekerja di syarikat milik Datuk Jazman. Rozanna adalah isteri kedua Datuk Jazman tetapi Fareez dan juga Datin Kay tidak tahu mengenai perkara itu. Ini kerana Rozanna dan juga Datuk Jazman pandai merahsiakan perkara itu tetapi rahsia itu telah diketahui oleh rakan sekerja Rozanna yang juga pekerja Datuk Jazman iaitu Irma. Fareez menyukai Rozanna dan Ikram juga menyukai Rozanna namun Rozanna adalah isteri kepada Datuk Jazman.
Marshilla pula menyukai Fareez tetapi Asrul menyukai Marshilla. Fareez dan Ikram berusaha untuk mendapatkan cinta Rozanna dan menaruh harapan yang tinggi kepada Rozanna. Datin Kay pula ingin menjodohkan Fareez dengan Rozanna tetapi Rozanna hanya menganggap Fareez sebagai kawan tidak lebih dari itu. Ini kerana Rozanna tahu dirinya adalah isteri orang.
Irma telah dibunuh tetapi siapa yang membunuhnya tidak seorang pun yang tahu. Apakah sebab dia dibunuh pun masih tidak diketahui. Marshilla pula telah berubah daripada seorang tomboy tapi kini berubah menjadi seorang wanita yang pandai bergaya.
Rozanna telah dinaikkan pangkat dan ditempatkan di dalam sebuah bilik. Mungkin dia tidak tahu bahawa Datuk Jazman mengintip setiap pergerakkannya di dalam bilik tersebut. Untuk mengintip setiap tindakan Rozanna, Datuk Jazman memasang kamera di dalam bilik Rozanna.
Sebelum ini hanya Irma yang tahu perkara itu tetapi akhirnya Rozanna tahu yang setiap pergerakkannya diawasi oleh Datuk Jazman. Dalam keadaan marah dia keluar dari bilik Datuk Jazman dan bersambung........

Ikutilah cerita selanjutnya malam ni. Jam 10:30 malam di TV3

Apakah akan terjadi kepada Rozanna seterusnya?
Apakah Datuk Jazman yang menjadi perancang utama pembunuhan Irma?

Adakah Fareez atau Ikram yang akan dapat memiliki cinta Rozanna?

Adakah Datin Kay akan tahu juga bahawa dia telah dimadukan?
Ikutilah kesudahan cerita ini untuk mengetahuinya.......


ROZANNA (SEARCH)

Gadis idamanku
hanya engkau yang satu
hadirlah dalam mimpi-mimpiku
Biar seribu biar ramai menganggu
Pada ku engkau la Ratu

Sejak mula bertemu
Kau buat malam ku sedingin salju
Dan malam jadi hangat
Sehangat cinta mu....
Kasihku.....

Rozanna..
Kau gadis idamanku
Dua hati jadi satu
Bila kita bertemu oh Rozanna

Rozanna....
Gadis idamanku
Bila kan sampainya waktu
Kasih kita bertemu dalam cinta
Rozanna.....

FiNrA_3492

SEMALAM merupakan hari yang paling signifikan untuk mengenang penghibur kesayangan ramai, Sudirman Haji Arshad.

Ini kerana semalam genap 17 tahun penyanyi itu dijemput menghadap Yang Maha Esa.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir pada usia 37 tahun pada 22 Februari 1992.

Lalu hari ini peluang diambil biarpun terlewat sehari untuk mengajak seluruh pembaca mengenang Allahyarham.

Menghasilkan artikel yang berbentuk tribute buat seorang seniman besar seperti Sudirman bukan satu perkara yang mudah.

Apa lagi Allahyarham merupakan seorang penggiat seni yang ketika hayatnya sangat disenangi, dikagumi dan dihormati oleh segenap lapisan rakyat Malaysia.

Maka, penghasilan artikel yang sedemikian perlulah tidak menyentuh sensitiviti mana-mana pihak - terutama keluarga Allahyarham.

Setiap kali menjelang ulang tahun kematian penghibur rakyat ini, kita akan terus mendengar cerita-cerita Sudirman pelbagai versi.

Sepanjang bergelar anak seni, Sudirman berhibur untuk semua orang sehingga kita ada kalanya terlupa bahawa seniman seperti beliau juga sering diuji dengan beban hidup.

Rakan-rakan serta mereka yang pernah menjadi sahabat karib Sudirman barangkali sudah arif benar dengan perjuangan dan pengorbanan seninya.

Kalau di pentas dahulu, acap kali yang dialunkan Sudirman di pentas-pentas dengan kilauan neon, semuanya adalah gambaran hidup beliau yang panjang.

Gambaran hidup yang penuh calar luka seorang manusia seni yang sensitif dan perasa.

Sebetulnya, ketika di hadapan khalayak, hanya beliau sahaja yang tahu betapa saratnya beban yang ditanggung.

Ironinya, tidak ramai yang mampu mengerti bahawa betapa sekalipun berat beban kehidupan seorang seniman itu, beliau terpaksa tampil dengan seribu kegembiraan dan keperkasaan demi khalayaknya.

Masih lagi teringat kata-kata beliau mengenai kehidupannya seperti yang dilaporkan dalam sebuah majalah hiburan.

Menurut Sudirman, yang paling memilukan dalam hidupnya ialah apabila tidak sempat menikmati kasih sayang ibu dan perkahwinan yang gagal.

Saya tidak pernah berjumpa Sudirman. Semasa beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir, saya masih di sekolah menengah.

Hanya melalui rakan-rakan, ahli keluarganya serta menerusi pembacaan sahaja, personaliti Sudirman saya kenali.

Yang jelas, Sudirman yang satu Malaysia kenali ialah beliau seorang penyanyi bijak dan berilmu.

Aliran pemikiran Sudirman menjangkau apa yang sebahagian besar masyarakat fikirkan di ambang kemasyhuran beliau menerusi lagu-lagu rakyat.

Karya-karya seni perjuangan Sudirman telah mengajar kita banyak ilmu kehidupan.

Seniman bertubuh kecil tetapi berjiwa besar itu telah banyak berjasa kepada kita menerusi nota-nota seninya.

Jiwa dan aspirasi Sudirman pada orang kampung misalnya diterjemahkan ke dalam lirik lagu Apa Khabar Orang Kampung.

Mereka yang pernah menjadi penganggur pula sudah tentu berterima kasih kepada Sudirman kerana memberikan motivasi yang bukan sedikit untuk bangkit daripada kedukaan menerusi lagu Aku Penganggur.

Itu belum lagi mengambil kira sejumlah besar teruna dan dara yang pernah menjadikan lagu-lagu cinta dendangan Allahyarham sebagai rakaman kepada musim-musim indah dan duka percintaan mereka.

Sebahagian besar lagu nyanyian Sudirman dianggap banyak pihak sebagai manifestasi sosial pada zamannya.

Sudirman sudah lama menyusur dalam kemelut masyarakat.

Andai ada yang mahu membuat perbandingan cerita-cerita kejayaan artis-artis popular masa kini dengan era kegemilangan Sudirman, yang boleh dirumuskan ialah, Allahyarham jauh lebih beruntung ketika hayatnya.

Siapa yang pernah mengadakan konsert solo yang ditonton oleh lebih 100,000 orang di tengah-tengah pusat bandaraya Kuala Lumpur kalau bukan Sudirman?

Sudirman juga terlebih dahulu menjejakkan kaki di Royal Albert Hall, London memahat nama Malaysia.

Di dewan itulah dia diangkat sebagai Penghibur Nombor Satu Asia.

Rasa kasih dan cinta Sudirman pada negara tidak pernah kurang walau seinci.

Apa yang jauh lebih penting daripada itu juga, Sudirman bukanlah seorang seniman yang meninggalkan kekayaan yang melimpah ruah.

Namun, itu bukan alasan kenapa beliau wajar diperkecilkan kerana tinggalan harta atau kekayaan bukanlah simbol kepada kejayaan seseorang artis.

Yang paling utama, menghargai Sudirman menerusi pemikirannya dan kebijaksanaannya adalah sebaik-baiknya.

Jadi, perlukah Sudirman dihargai dengan panggilan atau gelaran tertinggi?

Semua itu, terpulang pada pemahaman kita kerana kalau pemberian gelaran atau pingat kebesaran hanya sekadar panggilan semata-mata tanpa kita menghargai nilai-nilai murni dalam karya seni tinggalan Allahyarham, apa pula maknanya penghargaan itu?


FiNrA_3492
Sebuah kereta memasuki perkarangan rumah banglo yang tersergam indah itu. Kelihatan seorang lelaki dalam linkungan umur 40-an turun dan terus memasuki rumah banglo tersebut. Di banglo itulah segala cerita bermula. Ada kisah suka dan duka penghuni di dalam banglo tersebut. Bermulanya peristiwa kematian seorang isteri yang amat disayangi sehinggalah berita yang amat-amat menyedihkannya tentang anak kesayangannya, Alya.
"Tuan, sudah balik". Tanya Mak Jah, orang gajinya yang dah lama bekerja dengannya.
"Iya, Mak Jah". Balas Tuan Akmal yang kelihatan agak keletihan. Terasa rumah itu agak sunyi dia terus bertanya pada Mak Jah,
"Mak Jah, Alya mana?". Tanya Tuan Akmal.
Dengan pantas Mak Jah menjawab, "Alya ada di atas. Dari tadi pulang dari sekolah dia masih berkurung di dalam bilik dan tak turun".
Tuan Akmal yang agak terkejut terus ke atas untuk menemui anak kesayangannya.
Di dalam bilik Alya sedang tidur. Dan disisinya ada sebuah potret yang mana kalau di tatap lebih lama ia potret arwah ibunya yang amat dirinduinya.
Melihat anaknya sedang tidur, dia ingin menutup kembali pintu namun anaknya tersedar lalu memanggilnya.
"Papa!". Panggil Alya dengan nada suara yang agak lemah.
Mendengar saja suara anaknya itu dia terus berpaling namun agak hairan apabila mendengar suara anaknya yang agak berlainan dari biasa.
"Ya, sayang". Jawab Tuan Akmal dengan lembut dan terus menuju kearah anaknya.
"Papa baru balik?". Tanya Alya dengan suara yang lembut.
"Ya, sayang. Papa baru balik". Terang Tuan Akmal pada Alya.
"Alya dah makan?". Tanya Tuan Akmal pada Alya.
Alya tersenyum pada papanya.
"Belum lagi, pa. Pulang dari sekolah tadi Alya terus masuk bilik dan selesai solat Alya tertidur, pa". Terang Alya pada papanya yang kelihatan agak risau pada mulanya.
"Ok. Papa nak mandi dulu dan lepas tu kita makan sama-sama ok". Kata Tuan Akmal pada Alya.
Keesokan harinya....
Pada pagi itu, Alya langsung tidak dapat bangun. Tuan Akmal yang sudah lama menanti tiba-tiba rasa tidak sedap hati lalu dia bergegas ke bilik anaknya itu. Di luar bilik, kedengaran bunyi batuk dari dalam bilik anaknya itu. Dengan tidak semena-mena dia terus menolak pintu bilik anaknya dan terus menerpa kearah anaknya apabila melihat anaknya masih lagi terbaring di atas katil. Sesekali terdengar anaknya batuk.
"Alya!". Panggil Tuan Akmal lembut.
Alya yang dari tadi terpejam membuka matanya perlahan-lahan dan tersenyum pada papanya.
"Kenapa ni, sayang?". Tanya Tuan Akmal pada Alya yang masih terbaring.
"Entah la, pa. Alya rasa pening sangat". Jawab Alya ringkas dengan suara yang lemah dan diselang-seli dengan batuk kecil.
Mendengar sahaja jawapan dari anaknya itu Tuan Akmal terus menyentuh dahi Alya dengan lembut. Terasa agak panas dahi anaknya itu. Apakah anaknya itu demam tapi Alya baru saja sembuh dari demamnya sebulan yang lalu.
Tanpa melengahkan masa dia terus membawa Alya ke klinik untuk pemeriksaan.
Di Klinik...
Setelah selesai pemeriksaan Tuan Akmal terus bertanya pada doktor tersebut.
"Dr. Kenapa dengan anak saya?". Tanya Tuan Akmal.
"Tiada apa-apa cuma demam biasa". Jawab doktor tersebut.
Tanpa berlengah lagi Tuan Akmal terus memberitahu doktor bahawa anaknya baru sembuh dari demam sebulan yang lalu. Tapi kini dia demam kembali.
Doktor itu memberitahu bahawa Tuan Akmal perlu membawa Alya ke hospital untuk pemeriksaan lanjut. Mendengar saja kata doktor tersebut Tuan Akmal agak kehairanan dan tertanya-tanya. Kenapa dia perlu membawa anaknya ke hospital sedangkan doktor tersebut baru sahaja memberitahu bahawa anaknya cuma demam biasa. Walau pelbagai persoalan yang timbul dibenaknya dia harus membawa anaknya ke hospital untuk mengetahui situasi sebenarnya anaknya itu.
Di Hospital..
Tuan Akmal terus membawa Alya berjumpa dengan Dr. Halim, teman baiknya.
Setelah selesai menjalankan pemeriksaan terhadap Alya, Dr Halim agak terkejut dengan pemeriksaan tersebut.
Tuan Akmal yang tidak sabar-sabar untuk mendengar penjelasaan dari teman baiknya itu tentang anaknya.
"Kenapa dengan Alya, Halim?". Tanya Tuan Akmal pada teman baiknya itu.
Alya keluar dari bilik pemeriksaan dengan wajah yang pucat namun hanya beberapa langkah menuju kearah papanya tiba-tiba dia rebah betul-betul dihadapan papanya.
Tuan Akmal yang terkejut melihat anaknya tiba-tiba rebah terus menerpa kearah anaknya.
"Alya!!!!!!!Bangun". Panggil Tuan Akmal namun Alya masih tidak sedarkan dirinya.
"Mal, Aku rasa Alya perlu dimasukkan ke wad untuk beberapa hari dan aku perlu menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap Alya". Terang Dr. Halim pada temannya itu yang masih memangku anaknya dan tidak semene-mene airmata Tuan Akmal mengalir.
"Aku ikut saja,Lim. Asalkan Alya sembuh dan mampu tersenyum kembali". Tuan Akmal berkata dengan suara yang terketa-ketar. Sedih melihat keadaan anaknya. Tuan Akmal terlalu menyayangi Alya ini kerana Alya adalah satu-satunya anak yang lahir dari zuriat dan cinta antara dia dan arwah isterinya,Zulaikha.
Di dalam bilik Dr. Halim, kedengaran suara Tuan Akmal yang seperti tidak sabar untuk mendengar penjelasan teman baiknya mengenai anak kesayangannya.
"Mal, aku dah menjalankan pemeriksaan pada Alya tapi aku harap kau sabar dan tenang". Dr. Halim memulakan bicara.
"Lim, kenapa dengan Alya?". Tanya Tuan Akmal pada Dr. Halim.
"Aku harap kau tidak terkejut dengan apa yang aku hendak sampaikan ni".Dr. Halim berkata.
"Lim, kau bagitahu aku kenapa dengan Alya?'. Tanya Tuan Akmal dengan suara yang agak tinggi.
"Dari pemeriksaan aku terhadap Alya. Aku dapati Alya terlalu lemah dan...". Terang Dr. Halim pada temannya itu.
DAN............Kenapa dengan Alya? Adakah dia sakit? Apakah penyakit yang dihidapinya itupun kalau dia sakit...
Kita ikut cerita selanjutnya nanti....
FiNrA_3492
Jika 6 tahun lepas aku tidak dapat melihat arwah nenek ku untuk kali terakhir dan sampai sekarang aku merasa amat terkilan kerana kali terakhir aku melihat arwah nenek iaitu pada ketika keluarga aku menghantar kakak ku ke tempat latihan unit beruniform di utara semenanjung. Itulah kenangan terakhir aku melihat arwah nenek ku dan aku tak sangka itu adalah hari terakhir aku melihatnya. Dan ketika itu pula aku masih belajar di sebuah IPTS di utara. Aku mendapat berita pemergian arwah pun selepas 3 hari arwah meninggalkan kami untuk selama-lamanya. Dalam panggilan tersebut ayah ku berkata "Angah jangan terkejut dengan apa yang bak(panggilan untuk ayahku) nak bagitau ni". Kemudian aku bertanya "Kenapa?". Ayah ku bagitau "Angah, Tok dah tak ada. Dah 3 hari". Mendengar saje berita tersebut dengan tidak semene-mene airmata aku mengalir dengan laju sekali ini kerana terkilan tidak sempat untuk menemui dan melihatnya untuk kali terakhir. Aku menanggis bagai nak gila masa itu.
Sekarang sudah 6 tahun arwah pergi meninggalkan kami. Kami sekeluarga amat merinduinya. Hanya doa dan juga AL-FATIHAH untuk arwah yang dapat kami bacakan.
Tepat pada 31 Ogos ni genaplah 6 tahun kepemergiannya menemui ALLAH SWT.
Ingatlah semua bahawa kita juga akan pergi menemuiNYA apabila sampai saat dan ketikanya nanti untuk kita. Tidak akan terlewat walau sesaat dan tidak akan cepat walau sesaat seandainya kita ditakdirkan pergi menemuinya pada masa dan hari yang telah ditetapkan oleh NYA maka akan sampailah masa dan hari tersebut namun kita mungkin tidak akan tahu bagaimana cara kita akan pergi buat selama-lamanya. Samaada dengan menyebabkan kemalangan yang mengerikan atau sakit yang berpanjangan atau dengan tiba-tiba..Tiada siapa yang tahu tetapi hanya SATU yang tahu bagaimana cara kita akan MATI.
FiNrA_3492
Tengok berita semalam dan dah baca surat khabar hari nie. Agak-agaklah apa pendapat anda jika kita boleh buat apa sahaja yang kita suka. Saya kata demikian kerana kenyataan mengenai gambar berbogel Elizabeth Wong ADUN Bukit Lanjan, Selangor. Beliau dalam sidang media di Kuala Lumpur telah menawarkan diri untuk meletakkan jawatan sebagai Exco dan juga ADUN. Apakah akan terjadi pilihanraya kecil untuk 3 tempat serentak?
Beliau mengumumkan pendiriannya itu pada sidang media pukul 11.40 pagi tadi di Ibu Pejabat KeADILan di sini.
"Saya menerima sokongan padu daripada keluarga, pemilih kawasan saya, rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat, sahabat dan masyarakat umum.
"Bagaimanapun, demi kepentingan parti, saya telah memutuskan untuk menawarkan peletakan jawatan sebagai Exco Kerajaan Negeri Selangor dan juga ADUN Bukit Lanjan," katanya dengan nada sebak manakala penyokong-penyokongnya pula mendesak beliau menarik balik keputusannya.
"Saya akan berbincang dengan Menteri Besar untuk mengaturkan penyerahaan tanggungjawab saya dengan baik.
"Saya akan terus berkhidmat untuk rakyat dan berjuang untuk keadilan di Malaysia," kata Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor.
Khalid yang juga Pengerusi KeADILan Selangor dijadual membuat kenyataan rasmi mengenainya tidak lama lagi.
Ini lah serba sedikit kenyataan YB Eliz.
Labels: 0 comments | | edit post
FiNrA_3492
DAtIn SErI SiTI NurHAlIZa

IBU dan semua adik-beradik ada di sisinya tatkala abah (bapa) menghembuskan nafas terakhir. Kami sempat membacakan surah Yassin dan membisikkan kalimah syahadah.
"Banyaknya kenangan Siti bersamanya. Pada zaman kanak-kanak, selain ibu, abah akan sentiasa menemani ketika Siti memasuki pertandingan nyanyian. Abah selalu kata, Siti kena kuat."
Itu kata penyanyi terkenal, Datin Seri Siti Nurhaliza Tarudin tatkala membicara perihal bapa tersayang, Allahyarham Tarudin Ismail, 67, yang menghembuskan nafas terakhir, Ahad lalu.
Kini, semua itu dibawa bersama Allahyarham Tarudin, lelaki yang memainkan peranan yang bukan kecil dalam kehidupan Siti.
Pemergian Allahyarham yang juga bekas pesara polis di Hospital Pakar Ampang Puteri, Ampang, Selangor akibat serangan jantung kelmarin disifatkan Siti sebagai satu kehilangan yang cukup besar dalam hidupnya.
Meninggalkan seorang balu, Siti Salmah Bachik, 57, dan tujuh orang anak termasuk Siti, Allahyarham turut menghidap komplikasi buah pinggang dan kencing manis.
Menurut Siti, meskipun bersedih dengan pemergian tersebut, namun beliau harus reda kerana menyedari Allah lebih menyayangi bapanya.
"Rasa macam sekejap sahaja masa berlalu. Kini, abah sudah tiada.
"Abah seorang yang suka bergurau. Sebelum menjalani pembedahan pun, dia sempat bergurau dengan Siti dan ahli keluarga yang lain.
"Abah sempat kata, kalau dah okey nanti, dia mahu pergi memancing dan jalan-jalan,'' jelas Siti yang tidak henti mengalirkan air mata sepanjang ditemu bual oleh wartawan.
Menurut biduanita muda itu, pemergian ayahnya sudah tentu memberi impak mendalam buatnya kerana Allahyarham merupakan pendokong utamanya dalam mengharungi kerjaya sebagai anak seni.
Bahkan, Allahyarham Tarudin tidak pernah lupa memberikan kata-kata semangat untuknya melalui liku-liku hidup sebagai insan seni.
"Semangatnya akan sentiasa berada dalam hati Siti,'' katanya dalam nada yang cukup sebak.
Menurut isteri kepada usahawan ternama, Datuk Seri Khalid Mohammad Jiwa itu lagi, sebelum ini, baik Siti mahupun seluruh ahli keluarganya tidak pernah mendengar keluhan ayahnya yang mengalami sakit kuat atau tenat.
Bagaimanapun, pada pukul 2 pagi Jumaat lalu, Allahyarham mengadu sakit dada dan dihantar ke Hospital Kuala Lipis, Pahang untuk menjalani rawatan.
Sebaik pulang daripada menerima rawatan, Allahyarham tiba-tiba rebah pada pukul 5 pagi ketika sedang berjalan menuju ke bilik air.
Sejurus itu, Allahyarham dibawa ke Hospital Pakar Puteri Ampang dan menjalani pembedahan pada pukul 7 malam yang sama.
Selesai pembedahan, beliau tidak sedarkan diri dan ditempatkan ke wad Unit Rawatan Rapi (ICU).
Bermula dari detik itu sehinggalah tepat pukul 11.50 pagi Ahad lalu, Allahyarham tidak sedarkan diri dan seterusnya pergi menyambut panggilan Ilahi.
Sebelum dikebumikan di kampung halaman keluarganya di Kuala Lipis, Pahang, jenazah Allahyarham terlebih dahulu dibawa ke kediaman Siti dan Khalid di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur untuk dimandi, dikafan dan seterusnya disembahyangkan.
Kehilangan kedua Khalid
Sementara itu, Khalid yang ditemui di kediamannya pula berkata, pemergian bapa mertuanya amat dirasai kerana beliau sendiri baru sahaja kehilangan bapa kandungnya pada November lalu.
"Dalam tempoh tiga bulan ini, saya sudah kehilangan dua orang bapa, bapa kandung dan bapa mertua.
"Sememangnya saya sedih tetapi reda dengan apa yang berlaku,'' jelasnya tenang.
Menurut Khalid, dua minggu lalu, dia dan Siti pulang ke Kuala Lipis untuk menziarahi mertuanya itu.
"Entah mengapa, dia (arwah) suka sangat melihat kami pulang. Dia sempat membelikan tiga ekor ikan yang dikatanya ikan paling baik dari Sungai Lipis untuk juadah makan malam yang cukup istimewa.
"Arwah ada cerita kepada saya tentang gembiranya hati dia dapat meluangkan masa bersama anak-anak terutama Ayie (Saiful Bahari), teman memancingnya,'' katanya.
Menurut Khalid lagi, dua hari sebelum dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri, arwah dan Ayie sempat memancing bersama di Klang, Selangor.
"Malah, arwah sempat menghadiahkan Ayie alat pancing sewaktu hari jadinya baru-baru ini. Kata arwah, ketika memancing di Klang, umpannya cukup mengena dan banyak dapat ikan,'' kata Khalid.
Ditanya mengenai keperibadian arwah, Khalid menjelaskan bahawa bapa mertuanya itu seorang yang kelakar tetapi tegas dan amat sensitif.
"Sebetulnya, seluruh ahli keluarga amat sukar untuk percaya yang beliau sudah tiada. Dia pergi begitu cepat. Siti apatah lagi, dia cukup terkilan.
"Terkilan sebab pertamanya tentang soal cucu dan rancangan Siti bersama Ayie untuk membawa arwah mengerjakan haji pada tahun ini juga tidak tercapai'' jelasnya.
Semasa hayatnya juga, arwah bapa mertua beliau juga ada memintanya membantu membuka sebuah syarikat yang dinamakan Saldin.
"Mengikut perancangan, syarikat itu akan diuruskan oleh arwah sendiri bersama ibu mertua saya. Ia sebuah syarikat berteraskan pertanian. Urusan pendaftaran sudah saya selesaikan.
"Insya-Allah, saya akan terus menjalankan cita-cita arwah yang mahu mengusahakan perniagaan pertanian menerusi syarikat ini walaupuan arwah sudah tiada,'' katanya.
FiNrA_3492
GOLONGAN wanita yang sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya apabila ingin mengetahui sesuatu maklumat pasti mahu mendapatkannya dengan cepat dan tepat.
Jadi sebahagian besar wanita moden hari ini banyak bergantung kepada Internet bagi memperoleh apa yang diingini.
Namun, masih ada yang ragu-ragu tentang 'kebolehan' Internet dalam membantu memudahkan hidup mereka. Bagi golongan ini, berikut 10 perkara boleh dilakukan di Internet yang dapat memudahkan hidup mereka.
1. Idea mencari hadiah: Mencari hadiah yang sesuai kadang kala menimbulkan dilema. Namun, kini terdapat banyak laman web yang boleh dilawati untuk mendapatkan idea bagi mencari hadiah untuk diberi kepada mereka yang disayangi. Di sini anda dapat melihat apa yang popular untuk kanak-kanak dan apa yang terkini untuk remaja atau golongan dewasa. Cuba layari findgift.com dalam pencarian anda itu.
2. Membandingkan harga: Dengan melayari Internet anda akan temui beberapa kedai berbeza yang menawarkan produk yang anda inginkan. Bagaimanapun, anda tentu tidak tahu siapa yang menawarkan paling murah. Anda mungkin boleh menghubungi kedai paling dekat (anggap harga mereka bukan yang termurah) dan beritahu mereka di kedai lain yang menjual barang sama pada hari lebih rendah. Kedai yang anda hubungi itu mungkin bersedia untuk memberi harga yang sama dan anda bukan saja dapat menjimatkan belanja malah masa dan duit minyak kerana tidak perlu pergi kedai yang lebih jauh.
3. Kupon atau baucer: Sesetengah pengeluar produk sekarang menawarkan kupon di laman web mereka untuk di cetak dan digunakan bagi pembelian secara online. Cuba cari jenama yang anda sukai dengan menaip perkataan kupon untuk melihat apa yang mereka tawarkan.
4. Maklumat perubatan: Anggaplah anda bukan dalam situasi kecemasan, Internet mungkin dapat membantu anda mendapat idea tentang kemungkinan masalah kesihatan yang anda hadapi. Sesetengah laman web kesihatan mengaitkan simptom dengan kemungkinan penyakit yang dihidapi dan juga memberi saranan tentang rawatannya. Begitupun ini sekadar cadangan dan anda masih disarankan untuk bertemu doktor.
5. Mencantikkan kediaman: Laman web lakukan sendiri (Do-it-yourself) tumbuh bagai cendawan di musim hujan. Ia mengajar kemahiran seperti mengecat rumah, membina laci, membetulkan sing atau mereka taman. Zaman menelefon dan bertanya kepada profesional tentang tips dan pandu sudah berlalu, sebaliknya hanya taip nama projek yang ingin dibuat bersama perkataan 'How to' di hadapannya dan anda akan memperoleh segala maklumat tentang cara membuatnya.
6. Penyelidikan: Sama ada anda merlukan maklumat untuk kerja rumah anak atau untuk anda sendiri, gunakan enjin carian paling berkuasa ini untuk mendapatkan segala maklumat yang diperlukan. Mencari buku, definisi perkataan, tarikh, kajian dan tarikh-tarikh bersejarah adalah cukup mudah. Jika anda masih tidak memperolehnya, anda hanya perlu mencari nombor talian perpustakaan online bagi mendapat bantuan mereka.
7. Mempelajari kemahiran baru: Adakah anda sudah bersedia untuk menambah kemahiran baru dalam resume? Bagaimana pula belajar menulis resume yang lebih baik?. Belajar bahasa kedua, skil menaip lebih pantas atau mendapatkan resipi baru, segalanya boleh dilakukan melalui Internet.
8. Membayar bil: Masa adalah emas. Membayar bil dan urusan perbankan lebih cepat dan menjimatkan masa melalui Internet.
9. Perbandingan produk: Mahu membandingkan dua produk yang hampir sama? Lakukan carian di Internet bagi setiap produk dan dapatkan segala maklumat terperinci mengenainya tanpa perlu keluar rumah atau pergi dari satu kedai ke satu kedai. Buat senarai pro dan kontra dan anda akan temui yang terbaik.
10. Menjual produk: Memulakan perniagaan dan mendapatkan pekerjaan melalui Internet. Bagaimanapun berhati-hati penipuan yang menawarkan pendapatan lumayan dengan cara mudah. Buat penyelidikan dulu sebelum memulakan langkah memilih sebarang idea meraih-wang dari rumah. Lebih elok jika anda memulakan perniagaan tulen menjual produk atau perkhidmatan melalui Internet.